fbpx

KJ, Tengku Zafrul ‘lulus’ calon Presiden BAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA

DESAS-DESUS individu yang bakal mengisi jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bertiup kencang selepas bekas Menteri Belia dan Sukan (KBS), Khairy Jamaluddin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz dikaitkan mengisi tampuk pentadbiran BAM.

Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang bakal melepaskan jawatannya selaku presiden badan induk itu sebaik sahaja tahun 2023 berakhir mengakui bahawa kedua-dua individu berkenaan ‘layak’ untuk memimpim BAM.

Bagaimanapun, Norza yang menjawat jawatan itu sejak 2017 menjelaskan, kesemua individu yang berhasrat memimpin BAM perlu dibawa kepada ahli majlis untuk menentukannya.

“Kedua-dua nama yang disebut itu, semuanya layak, tetapi saya perlu serahkan perkara ini kepada ahli majlis untuk menentukan. Biar mereka tentukan mengikut hala tuju BAM yang mereka mahukan selepas ini,” kata Norza yang baru pulang daripada urusan kerja di luar negara.

Menurutnya, masih banyak masa untuk BAM meneliti calon kerana beliau hanya akan melepaskan jawatannya penghujung tahun ini.

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan dari 2010 hingga 2018, pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (2007-2010) dan kini menyandang tugas selaku Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Sementara itu, Tengku Zafrul pula pernah memegang portfolio sebagai bekas Menteri Kewangan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perbankan serta aktif bersukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI