fbpx

Hina agama, RM BTS enggan minta maaf isu Bad Religion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RM menganggap Bad Religion sekadar lagu, jadi tiada keperluan baginya untuk membuat permohonan maaf.

SELEPAS menuai kecaman gara-gara berkongsi lagu Bad Religion yang liriknya dikatakan menghina agama Islam, penyanyi RM tetap pendirian enggan memohon maaf.

Perkara tersebut diluahkan atas alasan anggota kumpulan BTS itu merasakan single daripada album Frank Ocean merupakan sebuah lagu untuk didengari ramai.

“Kamu semua terus menerus memberitahu bahawa saya menghina agama.

“Bukan, saya tidak menghina agama, malah saya menghormati setiap kepercayaan.

“Itu hanyalah lagu. Saya tidak akan memohon maaf. Saya sudah berusia 30 tahun dan boleh meluahkan perasaan sendiri,” katanya ketika siaran langsung dalam aplikasi Weverse.

Lagu yang dikongsikan dalam Instastory RM itu telah menjadi subjek perdebatan hangat berikutan seni kata kontroversial selain berpotensi ke arah Islamofobia.

Tidak hairan apabila pemilik nama asal Kim Nam-joon itu dituduh sesetengah pihak sebagai Islamophobic sebaik berkongsi dendangan tersebut.

Susulan kedegilannya, kemarahan netizen terus memuncak sehingga tidak henti-henti melemparkan kecaman termasuk di laman sosial BTS.

Frank Ocean adalah seorang penyanyi, penulis lagu, dan rapper asal Amerika Syarikat yang muziknya disukai secara universal.

Seperti lagunya yang lain, Bad Religion memberi membahaskan tentang cinta yang bertepuk sebelah tangan seorang pemandu teksi.

Namun penggunaan patah perkataan yang secara terangan merujuk kepada Islam dalam lagu terbitan 2012 itu lebih dulu menjadi perdebatan pada era tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI