fbpx

Tour Gateh D’ Tranung tampil pasukan bertaraf benua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERLUMBAAN pertama berbasikal Tour Gateh D’ Tranung akan bermula dari Pulau Kekabu, Marang ke Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman sejauh 157.3 kilometer pada 4 September ini.

PASUKAN berbasikal bertaraf benua Eropah, Singapura dan Indonesia antara pencabar pada perlumbaan Jelajah Terengganu atau Tour Gateh D’ Tranung bermula 4 September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) turut menyertai kejohanan tersebut.

Beliau berkata, penganjuran edisi kedua Tour Gateh D’ Tranung melibatkan lima peringkat perlumbaan iaitu melalui daerah-daerah di negeri ini selain turut menawarkan lima kategori utama.

“Selain TSG, turut serta ialah Europe Trip Cycling, SD Mavericks Singapore dan Nusantara Pro Cycling Team yang juga pasukan bertaraf benua.

“Pelumba-pelumba akan me­rebut gelaran jersi biru iaitu juara keseluruhan, jersi hijau (raja pecut), jersi polka dot (raja bukit) dan jersi putih (pelumba muda terbaik),” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Hishamuddin menjelaskan, peringkat pertama kejohanan akan bermula 4 September dari Pulau Kekabu, Marang ke Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman sejauh 157.3 kilometer.

Beliau berkata, penganjuran Tour Gateh D’ Tranung disasarkan mempromosikan Terengganu sebagai destinasi utama pelancongan sukan selain mengangkat status sebagai Land of Cyclist.

“Negeri ini telah melahirkan ramai pelumba basikal bertaraf kebangsaan dan antarabangsa menerusi kejohanan seperti ini, sekai gus memberi ruang pelumba untuk lebih menonjol.

“Selain pasukan profesional, pasukan negeri yang dalam persiapan ke Sukan Malaysia (Sukma) juga menjadikan Tour Gateh D’ Tranung sebagai medan persiapan terbaik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI