fbpx

Mahkamah: Penahanan ‘Rasul Melayu’ sah, rayuan JAIS dibenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memutuskan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya ‘Rasul Melayu’ dan 13 individu lain pada tahun 2020, adalah sah di sisi undang-undang.

Perkara itu ditentukan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi selepas membenarkan rayuan JAIS dan lima pihak lagi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang berpendirian penahanan Abdul Kahar Ahmad dan 13 yang lain, melanggar Perlembagaan.

Beliau yang bersidang bersama-sama Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Hashim Hamzah turut menolak rayuan semua 14 individu itu berhubung isu pampasan RM10,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

“Kami membenarkan rayuan ini dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 14 April 2022 manakala rayuan Abdul Kahar dan 13 yang lain, ditolak. Mahkamah ini tidak membuat perintah terhadap kos,” ujar beliau.

Selain JAIS dan ketua pengarahnya, empat perayu lain terdiri daripada ketua pegawai penguatkuasa agama Islam Selangor, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam Masnizar @ Mohd. Nizar Mohtar, kerajaan negeri dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam Shanizah Ngatiman.

Media sebelum ini melaporkan bahawa JAIS menahan Abdul Kahar, 71, dan beberapa yang lain di tiga lokasi berasingan di Selangor pada 20 September 2020 atas dakwaan menghidupkan semula ajaran `Rasul Melayu’.

Ketika membacakan keputusan itu, Hakim Azizah berkata, hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika memutuskan Seksyen 23 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Pada hemat panel itu, seksyen berkenaan tidak terbatal atau melanggar hak keperlembagaan untuk kebebasan dan kesaksamaan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah turut berpendapat, hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf kerana menyamakan seksyen berkenaan dengan perintah tahanan reman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI