fbpx

Sekolah ada 400 murid tetapi cuma dua tandas boleh digunakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah tandas yang terdapat di sebuah sekolah di Dong Van. - Foto N.A/VNEXPRESS

HANOI, Vietnam – Pelajar beberapa buah sekolah  di daerah Dong Van, Vietnam takut untuk menggunakan tandas sekolah yang daif termasuk bumbung reput dan kekurangan air, lapor portal berita VNEXPRESS semalam.

Sekolah Rendah dan Menengah Sinh Lung di daerah itu  mempunyai hampir 400 murid dengan  sebahagian daripada mereka tinggal di asrama dan mempunyai lebih 20 guru. Bagaimanapun, hanya dua tandas sekolah itu boleh digunakan, menyebabkan kesesakan kerap berlaku.

Guru sekolah Sinh Lung, Thao Thi Hong Duyen berkata, pada penggal persekolahan, murid-murid terpaksa beratur untuk menggunakan tandas,  manakala guru-guru mengambil giliran pada waktu malam.

Semasa cuaca panas, bau busuk tandas itu merebak ke bilik darjah dan rumah tumpangan berdekatan, sejauh satu kilometer.

Namun, terdapat tandas lebih baik dibina di Sekolah Menengah Lung Phin di Dong Van yang jarang digunakan kerana kekurangan air dan sering tersumbat akibat sistem septik yang bermasalah.

Seorang guru yang bertugas di sekolah itu selama 13 tahun, Nguyen Thi Huong berkata, tandas yang kotor menjejaskan kesihatan pelajar, kualiti pengajaran serta pembelajaran.

Pihak sekolah membina tangki air di sekolah untuk mengumpul air hujan tetapi ia hanya memberi penyelesaian jangka pendek. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI