fbpx

Rangka manusia ditemui tersangkut dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dalam usaha membawa naik rangka manusia yang ditemui dalam longkang di tepi Jalan Kebun, kelmarin.

KLANG – Satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemui tersangkut pada batang paip dalam longkang di tepi Jalan Kebun di sini, kelmarin.

Penemuan rangka lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu disedari oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada pukul 8.15 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9) digerakkan ke lokasi kejadian bagi tujuan siasatan.

Hasil siasatan awal mendapati terdapat satu tengkorak kepala dan bahagian badan dari pinggang ke bawah dalam keadaan tidak sempurna.

“Kesemua bahagian dijumpai dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Shah Alam. Keputusan bedah siasat mendapati punca kejadian tidak dapat dikenal pasti berikutan keadaan mayat tidak sempurna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hoong Fong meminta orang awam yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya menghubungi talian 03-33762222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI