fbpx

PRK: Blok ketiga diwakili NGO perlu ada dalam Dewan Rakyat – Calon bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Samsudin (kiri) yang bertanding selaku calon bebas dalam PRK Parlimen Pulai mahu jadi blok ketiga dalam Dewan Rakyat.

JOHOR BAHRU – Rakyat Malaysia khususnya pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di sini perlu beri peluang kepada wakil rakyat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersuara di dalam Dewan Rakyat.

Calon bebas bagi PRK Parlimen Pulai, Samsudin Mohamad Fauzi berkata, hal itu kerana blok kerajaan dan blok pembangkang mengamalkan politik tradisional, menyebabkan terdapat keperluan blok ketiga mewakili rakyat.

Sehubungan itu katanya, blok wakil rakyat yang bebas dan terdiri daripada wakil-wakil NGO boleh melakukan tugas semak dan imbang secara lebih efektif.

“Seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga berasa bosan dengan ahli politik yang sibuk berebut jawatan dan kedudukan sama ada mereka daripada blok kerajaan atau pembangkang.

“Semua itu dilakukan ahli politik sedangkan pada waktu ini terlalu banyak isu-isu pengguna yang menekan kehidupan rakyat termasuklah penduduk yang menetap di kawasan Pulai ini, dan suara mereka berhak diangkat ke Parlimen,” katanya kepada pemberita.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI