fbpx

Nahas Elmina: Waris penghantar makanan terima pencen Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Waris penghantar makanan yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Shah Alam, Selangor akan menerima dua pencen bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM1,894.75 sebulan bermula akhir bulan depan.

Jumlah bayaran pencen tersebut akan dibahagikan kepada tiga waris Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Saleh yang layak iaitu bapanya, Muhammad Saleh Othman, 57, ibunya, Jamilah Ismail, 53 dan adik bongsu arwah yang masih belajar, Muhammad Hamidi, 20.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, selain pencen bulanan, waris mangsa turut menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 sekali bayar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN