fbpx

Luahan pembaca: Fokus perkukuhkan ringgit, bukan balah politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga Thailand enggan menerima ringgit kerana kejatuhan nilai berbanding baht. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Saya tertarik dengan persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman baru-baru ini.

Beliau dengan tulusnya bertanya adakah UMNO bersedia untuk bertanding atas tiket parti itu sendiri tanpa bergabung dengan mana-mana parti dalam pilihan raya akan datang.

Apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah tidak lama selepas Azalina melontarkan teguran tersebut, beliau menegaskan pandangannya hanya pendapat peribadi dan bukannya kenyataan rasmi UMNO.

Sudah pasti ada yang kurang senang dengan kenyataan Azalina itu agaknya kerana memikirkan ia boleh menggugat gabungan BN-PH ketika ini.

Sebab itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu terpaksa menerangkan dengan lebih lanjut maksud beliau menulis artikel itu di Twitter.

Cukuplah drama politik ini dimainkan. Marilah kita fokus kepada menaikkan taraf hidup rakyat dan memacu negara supaya ekonomi kembali melonjak untuk mengukuhkan ringgit.

Dengan kos sara hidup yang tinggi ketika ini hingga rakyat terpaksa melakukan dua tiga kerja dalam hidup mereka, apa yang kita harapkan daripada kerajaan ialah fokus kepada kestabilan.

Kerajaan stabil bukan sahaja menarik minat pelabur, malah akan membuatkan rakyat jatuh hati dan inilah formula kempen politik paling berkesan sepanjang tahun jika mahu menang pilihan raya tanpa perlu naik ke pentas ceramah menerangkan itu ini.

Ayuh jadikan ringgit kembali menjadi rebutan peniaga Thailand seperti yang berlaku pada tahun-tahun kegemilangan Malaysia di rantau Asia.

Aku dah bosan
Sepang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI