fbpx

Guru teringin kucing Munchkin rugi RM37,750

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR GAJAH – Hasrat seorang guru wanita untuk membeli seekor kucing jenis Munchkin bukan sahaja tidak kesampaian, malah mengalami kerugian sebanyak RM37,750, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian berlaku selepas guru berusia 39 tahun itu tertarik dengan iklan yang menawarkan penjualan kucing Munchkin bernilai RM600 di media sosial Facebook pada 23 Ogos lalu.

Ujarnya, mangsa kemudian bersetuju untuk membeli kucing tersebut dan telah membuat bayaran wang deposit berjumlah RM300 ke dalam akaun diberikan.

“Pada 24 Ogos sehingga 26 Ogos lalu, mangsa telah diminta untuk membuat bayaran tambahan bagi tujuan lesen perhilitan, kos penerbangan antara negara dan lesen import kucing dari negara luar ke Malaysia.

“Dia telah membuat pemindahan wang miliknya secara berperingkat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM37,750,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini hari ini.

Tambahnya, pengadu bagaimanapun menyedari dirinya telah ditipu dan hadir ke Balai Polis Alor Gajah untuk membuat laporan polis, semalam.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran penjualan barang secara dalam talian dan segera menelefon Pusat Respon Scam Kebangsaan di talian 997 untuk menyekat wang yang telah diserahkan kepada sindiket penipuan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI