fbpx

Abdul Hadi akan dipanggil, ucapan ada unsur 3R – Shuhaily

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika berucap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan akan memanggil Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan ucapan beliau dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram, Johor, kelmarin

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya sudah menghubungi Ahli Parlimen Marang itu untuk mempertimbangkan masa sesuai bagi merakamkan keterangan.

“Kita menyiasat isu melibatkan agama, kaum dan Institusi Diraja (3R), kenyataan Abdul hadi mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramah beliau di Markas Pas Kawasan Bakri, Muar.

“Kita akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohd. Shuhaily berkata, masyarakat diingatkan untuk tidak membuat spekulasi dan memburukkan kehangatan PRK di kawasan itu.

Menurut beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut menegaskan semua pihak agar tidak menyentuh isu 3R semasa tempoh berkempen.

Terdahulu, media melaporkan, Abdul Hadi Awang bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Bukit Aman.

Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman berkata, pihaknya telah dihubungi Bukit Aman pagi tadi untuk memberi keterangan.

Abdul Hadi menaruh kepercayaan penuh terhadap profesionalisme pihak Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menjalankan tugas dan siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI