fbpx

Nad vs geng Nabila, dulu kawan sekarang lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDEKATAN selamba Nabila Huda damn Sharifah Sakinah memanaskan nama Nad Zainal sebagai artis yang sedang bermasalah dalam hubungan persahabatan ketika ini.

KETIKA media sosial sedang heboh tentang kisah ‘Abang Tesla’ menduakan isteri sehingga membuatkan netizen berkelahi, tumpuan tiba-tiba beralih kepada isu membabitkan sindiran sinis oleh pelakon Nabila Huda terhadap Nad Zainal.

Umum mengetahui, kedua-dua pelakon tersebut sebelum ini sangat rapat dengan beberapa kenalan artis lain, antaranya Sharifah Sakinah, Sherry Alhadad dan Marsha Milan.

Namun, tidak diketahui pucuk pangkalnya, media seakan dapat menghidu sesuatu membabitkan hubungan antara Nad Zainal bersama empat sekawan itu.

Semua nampak baik-baik sahaja pada awalnya, ketika industri hiburan tempatan heboh selepas Nad dimasukkan ke hospital dan dilaporkan koma selepas mengalami masalah pendarahan dalam paru-paru.

Seluruh warga industri sedih, termasuk empat sekawan itu yang tidak putus-putus berdoa dan mengharapkan keajaiban untuk pelakon genit itu sembuh daripada sakitnya.

Atas keizinan oleh Allah SWT, Nad akhirnya pulih dan kembali sihat sebelum mengakhiri zaman jandanya selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pelakon, Ungku Ismail.

Timbul kehairanan dalam kalangan pemain media apabila tiada langsung kelibat sahabatnya dalam kalangan selebriti itu ada bersama-sama meraikan hari pernikahannya pada 23 Januari lalu yang hanya didedahkan kepada umum seminggu kemudian.

Begitu juga dalam ruangan komen, tiada ucapan tahniah daripada nama-nama yang disebutkan itu, meninggalkan kata-kata indah buat Nad dan suami. Pelik?

Sarkastik

Masa berlalu meninggalkan tanda tanya tentang hubungan mereka, sehinggalah Nabila atau mesra disapa Abil meninggalkan komen berbaur sarkastik apabila menyatakan tidak mengenali Nad dalam sebuah hantaran Instagram yang memaparkan temu bual dramatis itu bersama pihak media.

“Maaf tanya. Siapa ni? Pelakon ke?” kata Abil.

Dalam temu bual tersebut, Nad memberitahu enggan mengambil kisah dan mengusutkan pemikirannya dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.

Komen yang ditinggalkan Abil sekali gus memancing perhatian bukan sahaja pihak media, untuk menggali semula tentang keretakan hubungannya dengan Nad, malah turut membuatkan netizen berminat untuk mengambil tahu.

Sewaktu ditemui media untuk meminta pencerahan lanjut, Abil sekali lagi menarik perhatian apabila secara bersahaja mengakui memang tidak mengenali gerangan pemilik nama Nad Zainal.

Menurut Nabila, 38, dia tidak mengenali individu bernama Nad Zainal walaupun pernah menjadi kawan rapat sebelum ini.

“Dia pelakon ke? Saya tidak pernah kenal dia,” jawab Abil.

Jika pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mengambil pendekatan ‘selamat’ apabila memberitahu media dia masih berkawan dengan Nad dalam satu temu bual, namun keadaan semakin memanas selepas

Sharifah Sakinah pula berkongsi status mahu memadam hantaran berupa doa yang pernah dipohon untuk kesembuhan ‘sahabatnya’ itu dalam Instagram.

Malah, dia berpendapat sudah masanya dia memadam perkongsian doa tersebut dan berharap akan bertemu dengan pelakon tersebut di alam lain (akhirat), selepas hubungan persahabatan mereka ‘retak’.

“Dah boleh delete (padam) hantaran ini. Saya jumpa awak di alam lain (akhirat). Di situ tiada radar,” tulis Sakinah.

Dalam hantaran itu juga, Sharifah Sakinah turut meninggalkan kata-kata berbaur sinis untuk menjawab semula kata-kata Nad apabila menganggap pergaduhan dalam persahabatan suatu isu remeh dan enggan mengambil kisah.

Ungku Ismail

Pelbagai dakwaan dan cerita tentang Nad yang dikatakan sombong, berlagak, tidak kenang budi, tidak mesra dan sebagainya mula bertebaran berdasarkan pengalaman netizen yang pernah mendekatinya.

Di pihak Nad pula, dia yang bakal melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya bersama Ungku Ismail lebih senang mengambil pendekatan dengan mengunci mulut tanpa membalas setiap komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Apa yang dikongsikan Nad hanyalah kebahagiaan hidupnya bersama suami serta dua orang anaknya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Ada yang berpendapat, Nad mungkin mahu menjadi insan yang lebih baik dan mengambil pendekatan ‘menjauh’ daripada rakan-rakannya.

Namun, punca dan alasan sebenar masih ‘tergantung’ apabila masing-masing tidak mahu mendedahkan perkara sebenar, termasuk dalam kalangan rakan artis yang tahu kebenarannya.

Marsha Milan misalnya memilih untuk diam, walaupun dia tahu punca yang berlaku sehingga menyebabkan hubungan persahabatan antara mereka ‘terbelah’.

“Maaf. Walaupun saya tahu tentang isu ini, saya pilih untuk berdiam. Harap maklum,” kata Marsha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI