fbpx

Kurung haiwan jangan sampai ada terkorban lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lembu yang dikesan berkeliaran di sepanjang jalan raya di Sik.

SIK – “Kurung haiwan peliharaan atau ada pengguna yang bakal jadi korban jalan raya.”

Itu antara peringatan Pengerusi Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia (BSYJM), Mahadzir Abdul Hamid kepada kumpulan penternak bagi mengelakkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran di atas jalan raya.

Katanya, kebanyakan haiwan peliharaan seperti lembu dan kerbau bukan sahaja tidak ditambat, malah dibiarkan berkeliaran meragut rumput berhampiran jalan raya.

“Biasanya penternak melepaskan lembu pada waktu tengah hari dan hanya akan dibawa ke kandang pada sebelah petang.

“Apa yang menjadi masalah apabila ada pemilik haiwan yang tidak tahu di mana keberadaan lembu-lembu peliharaan mereka,” kata Mahadzir.

Menurut beliau, lembu-lembu yang berkeliaran di atas jalan raya tanpa penjagaan ini amat bahaya dan mengundang risiko besar kepada orang ramai.

“Kebiasaannya yang menjadi kes kemalangan apabila lembu atau kerbau ini dilepaskan berkeliaran tanpa kawalan.

“Lebih bahaya apabila lembu ini tiba-tiba melintas jalan ketika ada pengguna sedang melalui laluan berkenaan,” tambahnya.

Susulan itu katanya, beliau menyarankan agar pihak ber­kenaan seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang papan tanda amaran di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi haiwan ber­kenaan melintas.

Penduduk Kampung Simpang Tiga Begia, Rogayah Din, 59, pula berkata, orang awam juga perlu berhati-hati dan sentiasa peka ketika melalui jalan yang biasa dilalui haiwan ternakan.

“Pakailah topi keledar bagi penunggang motosikal untuk menjaga keselamatan diri kerana malang memang tidak berbau,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! pada 2 Ogos lalu melaporkan, seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar seekor lembu di Jalan Kampung Kota Bukit, Jeneri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI