fbpx

Ketua kampung maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengerumuni lokasi kemalangan maut melibatkan Ketua Kampung Kanchong Darat malam tadi

KUALA LANGAT – Ketua Kampung Kachong Darat dekat sini maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain di Jalan Durian Kanchong Darat, Banting di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 62 tahun parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal SYM Sport itu menghala ke Banting dari Jalan Durian.

Katanya, setiba di lokasi kejadian mangsa bertembung dengan motosikal jenis Honda 125 ditunggang penuntut Kolej Vokasional Klang berusia 19 tahun.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang merupakan Ketua Kampung Kanchong Darat yang cedera di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Penuntut kolej itu pula yang turut cedera di bahagian sama dibawa ke Hospital Banting bagi menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, kes kemalangan jalan raya itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta saksi yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mazrol Mohd. Din ditalian 011-1853 9115 atau 03-31872222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI