fbpx

PM tunai solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman Taman Dahlia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersalaman dengan seorang OKU selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar Rahman, Taman Dahlia Johor Bahru disini. -Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman Taman Dahlia, Kempas di sini hari ini.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan itu disambut Pengerusi Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman Taman Dahlia, Nordin Idris.

Turut hadir menunaikan solat Jumaat ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat bersama Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun.

Khutbah Jumaat bertajuk `Hindari Daripada Ajaran Menyeleweng’ dan solat diimamkan Zaidi Saman.

Sebaik selesai menunaikan solat, Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit bersalaman dengan jemaah.

Pengerusi PH itu kemudiannya memenuhi undangan kenduri bersama rakyat di Dataran Taman Dahlia di sini.

Perdana Menteri turut dijadualkan menghadiri sesi dialog belanjawan bersama pemain industri negeri Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri kira-kira pukul 4 petang ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI