fbpx

Perkhidmatan rel, bas Rapid KL dilanjutkan sehingga 2 pagi Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Semua perkhidmatan rel dan bas di bawah kendalian Rapid KL akan dilanjutkan operasinya bagi memberi kemudahan kepada warga kota yang ingin turut serta meraikan malam ambang kemerdekaan Rabu ini.

Menerusi satu kenyatan, Rapid KL berkata, bagi perkhidmatan rel meliputi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) monorel sebanyak 10 stesen akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.

Jelasnya, jumlah dan kekerapan tren akan dinilai dan diselaras berdasarkan pemantauan dan keperluan oleh pihak operasi.

“Jumlah orang ramai di malam ambang kemerdekaan dijangka meningkat, terutama sekali di kawasan sekitar KLCC.

“Justeru, para penumpang diminta menggunakan stesen-stesen alternatif yang berhampiran iaitu stesen LRT/MRT Ampang Park dan stesen MRT Persiaran KLCC untuk mengelak kesesakan,” katanya di sini hari ini.

Berikut adalah senarai stesen-stesen rel yang dilanjutkan perkhidmatan sehingga pukul 2 pagi:

• Stesen KLCC (Laluan Kelana Jaya)
• Stesen Ampang Park (Laluan Kelana Jaya & Laluan Putrajaya)
• Stesen Persiaran KLCC (Laluan Putrajaya)
• Stesen Pasar Seni (Laluan Kelana Jaya & Laluan Kajang)
• Stesen Bukit Bintang (Laluan Kajang & Monorel)
• Stesen Masjid Jamek (Laluan Kelana Jaya & Ampang/Sri Petaling).

Bagi perkhidmatan bas Rapid KL, sebanyak 22 laluan terpilih yang berikut juga akan dilanjutkan operasi sehingga pukul 2 pagi. Ia melibatkan laluan:

1. 180 Taman Dato’ Senu Pasar Seni
2. 190 Desa Sri Hartamas Lin Ho Jalan Lekiu
3. 302 Titiwangsa KLCC
4. 254 Ayer Panas Titiwangsa melalui Chow Kit
5. 780 Kota Damansara Pasar Seni
6. 772 Subang Suria Mah Sing Pasar Seni
7. 821 Pantai Hill Park Pasar Seni
8. LRT10 Stesen LRT Masjid Jamek Stesen LRT Bandaraya
9. 400 Damai Perdana Hab Lebuh Pudu melalui Bukit Bintang
10. 580 Desa Petaling Hab Lebuh Pudu melalui LRT Salak Selatan
11. 650 Taman Desa Pasar Seni
12. 640 Hab Sri Manja Pasar Seni
13. 600 Puchong Utama Pasar Seni
14. 300 Pandan Indah Lebuh Ampang
15. 303 Taman Mulia Jaya Lebuh Ampang
16. 402 Terminal Maluri Titiwangsa
17. 420 Pandan Indah Menara Maybank melalui Bukit Bintang
18. 421 Hentian Taman Dagang Menara Maybank melalui Bukit Bintang
19. 782 Hentian PJ Old Town Pasar Seni
20. 750 Hab Seksyen 2 Pasar Seni
21. 751 Taman Sri Muda Pasar Seni
22. 770 Subang Mewah USJ 1 Pasar Seni.

Sementara itu, untuk 31 Ogos, operasi semua perkhidmatan rel dan diawalkan bermula pukul 4 pagi.

Sebanyak 101 laluan bas akan beroperasi dan kira-kira 50 buah bas perantara percuma dari stesen MRT Putrajaya Sentral juga disediakan dan akan melibatkan tiga laluan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI