fbpx

Lelaki didakwa 22 tuduhan perkosa, liwat anak jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, hari ini. Foto oleh AHMAD SYAFEEQ/KOSMO!

MELAKA – Seorang tukang pasang kanopi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 22 pertuduhan termasuk merogol, meliwat dan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua adik-beradik yang juga anak jirannya.

Tertuduh yang berusia 29 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Bagi empat pertuduhan, pemuda itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan sejak mangsa berusia 12 tahun, manakala empat lagi pertuduhan dilakukan terhadap adik mangsa berusia 11 tahun 5 bulan.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dijel sehingga 30 tahun dan sebatan di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Bagi empat pertuduhan lain, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa sama ketika berusia 12 tahun.

Sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh juga didakwa atas enam pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan lima pertuduhan ketika mangsa berusia 12 tahun 1 bulan sehingga 12 tahun 4 bulan dan satu pertuduhan membabitkan adiknya ketika berusia 11 tahun 5 bulan.

Empat lagi pertuduhan membabitkan kesalahan seks menggunakan objek yang dilakukan terhadap mangsa sama selama enam bulan sehingga mencecah 12 tahun 9 bulan.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Krubong di sini pada akhir November 2022 sehingga 13 Julai 2023.

Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh. Mahkamah menetapkan 27 September ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI