fbpx

Gelandangan maut jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERJA-KERJA mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia di dalam longkang di Jalan Sultanah, Batu Pahat, semalam.

BATU PAHAT – Seorang gelandangan ditemui meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Sultanah di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, penemuan mayat lelaki tanpa identiti dilaporkan kira-kira pukul 5 petang sebelum satu pasukan dihantar untuk siasatan.

Katanya, mayat berjaya dikeluarkan hasil bantuan daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat.

“Hasil pemeriksaan badan mendapati tiada kecederaan berunsurkan jenayah ditemui, simati dipercayai terjatuh ke dalam longkang dan lemas akibat aliran air.

“Berdasarkan maklumat orang awam, mangsa merupakan seorang gelandangan yang sering kelihatan di kawasan tersebut,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail lagi, siasatan lanjut dijalankan untuk mengetahui identiti mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Pihak polis meminta orang ramai atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkenaan si mati supaya tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan pihak polis. Maklumat boleh juga disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Batu Pahat melalui talian 07-4363300,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI