fbpx

Puting beliung api berlaku semasa kebakaran hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puting beliung api melanda kawasan kebakaran hutan Tasik Downton berhampiran Lillooet pada 17 Ogos lalu. - Foto ABDPOST

MONTREAL, Kanada – Fenomena puting beliung api yang sangat jarang berlaku terjadi dalam satu kebakaran hutan di Kanada minggu lalu, lapor laman berita MailOnline semalam.

Kejadian tersebut berlaku semasa kebakaran hutan di Tasik Downton berhampiran perbandaran Lillooet pada 17 Ogos lalu dan mencetuskan ketakutan apabila latar langit diselubungi dengan warna merah.

Ia dirakam menerusi video dan dikongsi di platform media sosial. Sehingga kini, ia telah ditonton hampir 500,000 kali.

Perkhidmatan Kebakaran Hutan British Colombia berkata, ‘pusaran api’ memutarkan lajur gas dan nyalaan dengan kuat.

Setakat ini, tidak dijelaskan sama ada puting beliung api itu membawa kepada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda di kawasan tersebut. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI