fbpx

PRK DUN Pelangai: Hari mengundi 7 Oktober, penamaan calon 23 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghani bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas PRK Pelangai di Menara SPR di Putrajaya tadi. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 7 Oktober 2023 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada sidang akhbar khas di sini sebentar tadi selepas mempengerusikan mesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRK DUN Pelangai.

“Hari mengundi bagi PRK DUN Pelangai ditetapkan pada 7 Oktober 2023, manakala hari penamaaan calon pada 23 September 2023,” katanya.

Terdahulu, PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kekosongan luar jangka susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lepas.

Sebelum ini, Setiausaha SPR, Datuk Indera Ikmalrudin Ishak memaklumakan, pihaknya telah menerima notis rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN Pelangai.

Allahyarham Johari, 53, merupakan antara 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15), Johari yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi selain Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) dengan (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI