fbpx

Nahas Elmina: Analisis ‘memory puck’ pesawat dibuat di Florida Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Analisis ‘memory puck’ yang terdapat di dalam perakam suara kokpit (CVR) milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) dijangka dibuat di dalam makmal di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Ketua Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) akan berlepas ke Florida pukul 7 malam ini bagi menghantar ‘memory puck’ tersebut.

“Perancangan kita pergi ke Florida supaya mereka ada peralatan untuk mendapatkan data suara daripada ‘memory puck’. Dalam dua hari perancangan dibuat dan sebab kita memerlukan kelulusan visa daripada Kedutaan AS.

“Visa baru dapat pagi tadi dan Ketua BSKU akan berlepas ke sana pukul 7 malam serta dijangka berada beberapa hari di sana.

“Segala perancangan sudah dibuat dengan pihak di sana dan dijangka dapat masuk ke makmal bersama ‘memory puck’ untuk analisis pada pagi Isnin depan waktu tempatan,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada pameran hartanah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan bagi Pembinaan Stesen Kereta Api Segambut 2.

Anthony berkata, selepas data suara itu dapat dibuka dan dianalisis, Ketua BSKU akan membuat laporan awal berdasarkan protokol Annex 13.

“Laporan tak boleh buat begitu sahaja (tergesa-gesa) dan mengikut Annex 13, laporan awal mesti 30 hari selepas insiden berlaku. Beliau (ketua BSKU) memberikan komitmen kepada saya dua hari lalu.

“Beliau kata sebelum 30 hari laporan itu mesti disiapkan dan itu komitmen beliau kepada saya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI