fbpx

Ibu mengandung maut kemalangan langgar anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan elak anjing di Jalan Keru-Batu Belang, di sini, tengah malam tadi.

TAMPIN – Seorang ibu mengandung enam bulan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa dalam kemalangan di Jalan Keru-Batu Belang, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab berkata, kemalangan kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas Dinamik yang ditunggang wanita berusia 35 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati penunggang motorsikal tersebut dalam perjalanan dari kedai makan di Jalan Tampin – Gemas ke rumahnya di Kampung Keru Hulu.

“Sebaik sampai di Jalan Keru- Batu Belang, dipercayai mangsa telah melanggar seekor anjing menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan lalu terjatuh. Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tampin untuk rawatan segera.

“Kira-kira pukul 2.10 pagi, mangsa telah meninggal dunia semasa menerima rawatan. Mayat mangsa di hantar ke bahagian Forensik Hospital Tampin untuk pengendalian bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Katanya, kandungan wanita tersebut yang berusia enam bulan turut meninggal dunia dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI