fbpx

10 bintang JDT perkuat skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARIF AIMAN (kanan) dan Dos Santos turut berada dalam senarai pemain yang dipanggil memperkuat skuad negara menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang China dan Syria.

SERAMAI 10 pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dipanggil menguatkan jentera Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang China dan Syria pada kalendar FIFA bulan September di Chengdu, China nanti.

Seperti dijangka, pemain bertaraf bintang Harimau Selatan terus mendominasi carta panggilan kali ini dengan tonggak utama seperti Arif Aiman Hanapi, Ahmad Syihan Hazmi dan Safawi Rasid berada dalam senarai.

Selain itu, tujuh lagi pemain JDT yang dipanggil ketua jurulatih, Kim Pan-gon adalah seperti Shahrul Saad, Matthew Davies, Lawrence Corbin-ong, Syahmi Safari, Nathaniel Shio Hong Wan, Endrick Dos Santos dan Akhyar Rashid.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, semua 26 pemain ini diarah melaporkan diri untuk menjalani kem latihan pusat bermula 29 Ogos depan.

“Pan-gon telah mengekalkan seramai 15 daripada 26 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu di Kuala Terengganu pada kalendar FIFA, Jun lepas.

“Baki 11 pemain lain terdiri daripada tujuh pemain dari kem Mac 2023 tetapi tiada ketika kem Jun lepas seperti Dion Cools, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Damien Lim, Darren Lok, Quentin Cheng, Brendan Gan dan Nor Azam Abdul Azih.

“Tiga lagi pemain dari skuad Piala AFF 2022 turut dipanggil semula seperti Sharul Nazeem Zulpakar, Sergio Aguero dan Nur Shamie Iszuan Amin,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, FAM turut mengesahkan 20 senarai pemain telah diletakkan dalam senarai bersedia jika terdapat perubahan yang dilakukan dalam masa terdekat.

Skuad Harimau Malaya yang sedang menjalani persiapan sebelum ke saingan Piala Asia 2023 di Qatar bakala menentang Syria pada 6 September dan China pada 9 September depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI