fbpx

Rumah busuk gara-gara sampah dikutip sebulan sekali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampah yang tidak dikutip lagi di Lorong Warisan, Batu 29, Pengkalan Raja, Pekan Nanas, Pontian.

PONTIAN – Penduduk di Pekan Nanas di sini kecewa dengan syarikat perkhidmatan mengutip sampah kerana hanya datang memungut bahan buangan dua kali seminggu sahaja sehingga menimbulkan bau busuk di sini.

Walaupun aduan telah dibuat, jadual pemugutan sampah tetap sama dan gagal dipatuhi dengan perjanjian asal sehingga menimbulkan rasa kurang senang penduduk.

Mereka mendakwa syarikat dilantik pihak berkuasa tempatan itu gagal mengutip sampah mengikut jadual yang diberikan iaitu dua kali seminggu menyebabkan sampah berbau dan berulat kerana terlalu lama ‘terperap’ di dalam tong sampah.

Seorang penduduk, M. Nazmi Izuddin Mohamad Nasir, 35, berkata, walaupun beberapa kali aduan dikemukakan kepada syarikat tersebut, namun masalah yang sama berulang sehingga menimbulkan kemarahan kepada penduduk.

“Penduduk terpaksa menggunakan perkhidmatan tersebut kerana kerana tiada tempat pembuangan sampah di kawasan tempat tinggal mereka kerana dipenuhi oleh rumah-rumah penduduk.

“Memandangkan kami tinggal di luar PBT, kami tiada mempunyai pilihan lain dengan mengambil peluang menggunakan perkhidmatan tersebut yang mula diperkenalkan sejak dua tahun yang lalu,” katanya ketika ditemui di Lorong Warisan, Batu 29, Pengkalan Raja, Pekan Nanas, di sini.

Tambah M. Nazmi Izuddin, mereka yang menyertai perkhidmatan tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM49 dengan kutipan sampah dilakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu bersamaan lapan kali sebulan.

“Bagaimanapun didapati syarikat telah gagal mematuhi persetujuan bersama dengan penduduk yang ingin mendapatkan perkhidmatan tersebut, ada kalanya dalam seminggu mereka langsung tidak masuk ke kawasan kami,”ujarnya.

Katanya, alasan yang diberikan oleh syarikat biasanya mendakwa mereka tidak membuat pembayaran tetapi sebaliknya penduduk menyatakan mereka telah membuat bayaran mengikuti tempoh waktu ditetapkan.

“Kami pun tidak pasti, samada sistem pembayaran mereka (syarikat) sistematik atau tidak, banyak kes berlaku dimana bayaran telah dibuat tetapi sampah tidak dikutip, alasan bayaran tidak dibuat,”jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI