fbpx

Pengunjung zoo sembunyi dalam restoran selepas monyet terlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pengunjung mencari tempat selamat selepas seekor monyet terlepas dari kandang di Zoo Paignton, Devon semalam. - Foto Devon Live

LONDON – Seekor monyet mencetuskan kekecohan di sebuah zoo di Devon, Britain selepas ia terlepas dari kandang yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari, lapor laman berita Daily Express.

Sebahagian pengunjung diminta keluar dari satu kawasan di Zoo Paignton, ketika beberapa kakitangan cuba menangkap semula haiwan tersebut.

Seorang saksi memberitahu Devon Live bahawa ada dalam kalangan pengunjung yang memasuki sebuah restoran untuk menyelamatkan diri selepas amaran ‘kod merah’ dikeluarkan sejurus monyet itu terlepas dari kurungan.  

“Para pengunjung ‘dikepung’ di kawasan tertentu. Semua kawasan permainan ditutup, paya buaya, rumah zirafah, semuanya ditutup,” kata seorang pengunjung.

Zoo yang mempunyai lebih 2,000 haiwan itu kemudian memberitahu, para pekerjanya telah menangkap haiwan tersebut dengan cepat.

Siasatan kemudian dilancarkan untuk mengetahui bagaimana ia melarikan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI