fbpx

Nahas Elmina: Polis tidak lagi kawal lokasi nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar di IPK Selangor

SHAH ALAM- Polis tidak lagi mengawal lokasi pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Persiaran Elmina sejak semalam kerana semua serpihan pesawat tersebut telah diambil pasukan penyiasat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagaimanapun unit kenderaan peronda (MPV) akan membuat rondaan di kawasan nahas bagi mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

“Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tragedi berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Semalam, kira-kira 10 pakar penerbangan dari Amerika Syarikat (AS) tiba di lokasi tersebut bagi menjalankan siasatan lanjut berkaitan nahas yang berlaku Khamis lalu.

Dalam pada itu, Hussein berkata, nahas itu masih disiasat di bawah kes mati mengejut (SDR) selagi tiada laporan berkaitan unsur sabotaj daripada pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU)

“Sekarang ini pun dilaporkan kotak perakam suara kokpit (CVR) akan dihantar ke Amerika Syarikat (AS) bagi pengekstrakan rakaman suara. Jadi, kita tunggu sahajalah hasil laporan daripada perakam suara itu serta siasatan ke atas serpihan pesawat tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI