fbpx

Mahkamah: Pengawal dipenjara 34 bulan kes letupan depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hapizal (tiga kiri) diiringi anggota polis ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki bahan letupan dan melakukan khianat dengan mercun buatan sendiri di sebuah sekolah rendah di Padang Besar, dekat sini pada 16 Ogos lalu.

Tertuduh, Hapizal Saad, 42, dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan 12 bulan bagi dua pertuduhan tersebut dengan hukuman diperintahkan berjalan secara serentak dari tarikh dia ditahan.

Hafizal di mahkamah sama turut dihukum penjara selama empat bulan atas pertuduhan penyalahgunaan dadah dengan hukuman bermula dari tarikh sabitan.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Mengikut pertuduhan pertama di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa melakukan khianat menggunakan mercun buatan sendiri sehingga mengakibatkan kerosakan khemah milik Sekolah Kebangsaan Padang Besar Utara bernilai RM50 kira-kira pukul 4.50 pagi, 16 Ogos lalu.

Berdasarkan fakta kes yang dibaca terhadap tertuduh, Hapizal menyatakan bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah sebagai gurauan semata-mata.

Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207), dia didakwa memiliki bahan letupan iaitu satu bungkus plastik lut sinar mengandungi 100 biji mercun bola besar dan satu kotak mercun tertera 8426 Thunder Clap di sebuah rumah di RPA Padang Besar pada pukul 5.30 petang, 16 Ogos lalu.

Sementara pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menggunakan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar pada pukul 5.15 petang, 30 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI