fbpx

Lelaki cedera dibelasah tidak bayar hutang RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang lelaki cedera dibelasah enam individu di pejabatnya di Pandan Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, dalam kejadian itu lelaki berusia 56 tahun berkenaan turut kerugian wang tunai RM18,500.

“Dalam kejadian pukul 11 malam itu, pengadu bersama dua rakan perniagaan dan seorang pemandu berada di pejabatnya sebelum didatangi enam suspek yang mahu berbincang berkenaan hutang yang dipinjam oleh mangsa sebanyak RM500,000.

“Pengadu tidak dapat membayar pinjaman tersebut menyebabkan dia dipukul oleh suspek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu katanya, akibat kejadian tersebut pengadu mengalami kecederaan bengkak di bahagian mata sebelah kiri, kepala, dan hidung.

“Susulan laporan itu, pasukan polis yang menjalankan siasatan melakukan serbuan dan berjaya menahan enam suspek di sebuah rumah di Taman Puchong Prima, Puchong, pada pukul 1.40 pagi.

“Semua suspek berusia 30 hingga 38 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dan semakan mendapati empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau,” jelasnya.

Selain itu, polis turut merampas sejumlah wang tunai dan dua buah telefon bimbit.

“Kesemua suspek direman lima hari bermula hari ini sehingga 26 Ogos depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI