fbpx

Dah berpisah, jumpa sebab selesaikan beberapa perkara – Zainal Abidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAINAL ABIDIN mengesahkan memang sudah bercerai dengan bekas isteri kedua, Fyna Jebat namun berjumpa baru-baru ini atas sebab-sebab peribadi.

PETALING JAYA – Bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin mengesahkan bahawa dia memang ada berjumpa dengan bekas isteri, Fyna Jebat di sebuah kedai makan baru-baru ini. 

Kata pemilik nama lengkap, Zainal Abidin Hassan itu perjumpaan tersebut diadakan untuk menyelesaikan beberapa perkara pasca perceraian. 

“Memang itu saya. Saya jumpa bekas isteri. Kami dah berpisah dengan cara damai. 

“Berjumpa dan pergi makan sebab nak selesaikan beberapa masalah,” kata Pengarah Teknikal IFC itu dalam satu wawancara bersama Astro Arena, baru-baru ini. 

Dijentik kenyataan  seloroh berbunyi kalau ingin makan lain kali usahlah berdua-duan oleh hos Hafizal Ahmad, jawab Zainal, 61, bersahaja: “Hal peribadi.” 

Terdahulu, tidak sampai tiga bulan selepas didakwa bercerai, Zainal dan bekas isteri Fyna yang juga merupakan seorang penyanyi dilihat bersarapan bersama di sebuah restoran makanan Melayu di Damansara, minggu lalu. 

Fyna yang dihibungi Kosmo! Online Ahad lalu enggan memperincikan tentang pertemuan dengan bekas suami dan memohon agar diberikan ruang. 

“No, no, no! (Tidak, tidak, tidak)! Saya tak nak cakap apa-apa. Saya mohon difahami.

“Terima kasih sebab telefon tapi lebih baik saya tidak boleh beri sebarang komen,” kata Fyna, 30.

Ketika pertemuan, Fyna yang berambut paras bahu awalnya duduk secara berdepan dengan Zainal, tetapi kemudian mengubah kedudukannya lebih hampir dengan bekas suaminya.

Susulan video dikongsikan dalam Instagram dan TikTok HibGlam, netizen tertanya-tanya mengenai status perceraian yang pernah didedahkan anak perempuan Zainal, Zahira Aisyah.

Malah ada dalam kalangan pengikut laman sosial beranggapan Zainal dan Fyna atau nama sebenarnya, Nur Syafinaz Jebat sudah kembali rujuk.

Terdahulu, berita perceraian Fyna dan Zainal mula dihidu awal Mei lalu dan disahkan saudara terdekat Zainal, dua minggu kemudian.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI