fbpx

Nahas Elmina: Perlis bincang bantuan khas buat keluarga Sharipuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis akan membincangkan bantuan khas yang akan dihulurkan kepada keluarga Allahyarham Sharipuddin Shaari, 51, yang terkorban dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan negeri yang akan berlangsung nanti.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang berasal dari Arau dan berharap mereka (ahli keluarga) tabah dan sabar menghadapi musibah yang berlaku.

“Kejadian yang melibatkan ramai nyawa sangat jarang berlaku di Malaysia. Saya sekali lagi mengucapkan takziah kepada semua waris dan keluarga mangsa nahas berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Seni Budaya Negeri Perlis 2023, di sini semalam.

Dalam kejadian pada Khamis lalu, Sharipuddin merupakan salah seorang daripada dua pengguna jalan raya yang maut di lokasi kejadian selepas pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) terhempas di Elmina.

Mangsa yang merupakan bekas tentera dan menyara keluarga sebagai pemandu e-hailing meninggalkan seorang balu, Suriana Muda, 43, dan dua anak iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16, serta Nur Izzara Arissya, 9. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI