fbpx

Nahas Elmina: Keluarga buat tahlil sementara tunggu jenazah Heikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada ahli keluarga Allahyarham Heikal mengadakan majlis tahlil sementara menantikan ketibaan jenazah di kediamannya di Desa Pinggiran Putra hari ini.

SEPANG – Satu majlis tahlil ringkas diadakan di kediaman Allahyarham Heikal Aras Abdul Azim, 45, di Desa Pinggiran Putra, di sini sementara menantikan ketibaan jenazah.

Majlis itu disertai lebih 50 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan arwah Heikal yang mula berkumpul di kediaman itu sejak 9 pagi tadi.

Difahamkan, jenazah Heikal masih berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan dijangka dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk disembahyangkan.

Seterusnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya pada tengah hari nanti.

Arwah Heikal adalah salah seorang daripada 10 mangsa yang maut nahas dalam pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam, petang Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI