fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Ustaz Idris selamat dikebumikan di Benus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Idris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak di Bentong.

BENTONG – Jenazah Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Barak, di Benus tepat pukul 3 petang tadi.

Jenazah Allahyarham Idris yang merupakan salah seorang mangsa dalam nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu tiba di tanah perkuburan pada pukul 2.30 petang.

Jenazah yang sebelum itu disolatkan di Masjid Tengku Sulaiman Ketari dibawa ke tanah perkuburan berkenaan dengan menaiki van jenazah diiringi kereta peronda polis.

Dianggarkan lebih 500 orang termasuk saudara-mara dan masyarakat setempat hadir ke pengebumian berkenaan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI