fbpx

Nahas Elmina: Jenazah Khairil Azwan selamat dikebumikan di Mempaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Allahyarham Khairil Azwan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mempaga 1 di Bentong hari ini.

BENTONG – Jenazah Allahyarham Khairil Azwan Jamaludin, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mempaga 1, di sini, hari ini.

Jenazah bekas pegawai di Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu disemadikan kira-kira pukul 1.50 petang tadi selepas selesai solat jenazah kedua di rumah ibu bapanya.

Kira-kira 300 waris, kenalan dan warga Felda Mempaga 1 hadir di tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Allahyarham adalah salah seorang daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) di Elmina Central Park, Seksyen U16, dalam insiden pada Khamis lalu.

Seramai 10 mangsa terkorban di dalam nahas berkenaan melibatkan enam penumpang pesawat, dua juruterbang, dan dua orang awam. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI