fbpx

Nahas Elmina: Dia tinggalkan empat waris lelaki buat kami – Ibu Mohamad Taufiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohani ketika ditemui media di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, hari ini.

PETALING JAYA – “Dia tinggalkan empat waris (lelaki) kepada saya. Dia satu-satunya anak lelaki yang saya ada”.

Demikian luahan ibu kepada Mohammad Taufiq Mohd. Zaki, Rohani Mohamed Ibrahim, 62, ketika ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang di sini hari ini.

Rohani menambah, Mohammad Taufiq yang merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka dan meninggalkan empat orang anak lelaki berusia tiga hingga 10 tahun.

Mengulas lanjut, Rohani berkata, sebelum berlepas ke Langkawi pada Rabu lalu, arwah sempat menitipkan pesanan terakhir kepadanya.

“Mama, tolong jaga anak-anak saya, mama I love U so much, take care!,”katanya sayu.

Terdahulu, jenazah Mohammad Taufiq yang juga pegawai khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham di solat di dua masjid iaitu di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang dan Masjid Bukit Indah, Ampang.

Mohammad Taufiq antara 10 mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat Beechcraft Premier 1 di Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI