fbpx

Luciano Spalletti dilantik pengendali Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPALLETTI memiliki reputasi tinggi membantu Napoli menamatkan penantian 33 tahun untuk muncul juara Serie A musim lalu. - AFP

ROM – Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengumumkan pelantikan Luciano Spalletti sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu menggantikan tempat Roberto Mancini.

Spalletti, 64, berjaya mengemudi Napoli menjuarai gelaran Serie A pertama dalam tempoh 33 tahun lalu pada musim lalu sebelum melepaskan jawatannya kerana bercadang untuk berehat panjang.

Bagaimanapun, beliau mengubah keputusannya kerana enggan melepaskan peluang melatih pasukan kebangsaan di peringkat antarbangsa buat kali pertama dalam karier kejurulatihannya.

Presiden FIGC, Gabriele Gravina gembira kerana Spalletti bersetuju untuk memulakan tugasannya bersama The Azzurri bermula 1 September ini.

“Pasukan ini memerlukan seorang jurulatih yang hebat. Semangatnya yang tinggi dan kepakaran dimilikinya akan menjadi asas kepada cabaran-cabaran menanti Itali pada masa depan,” katanya.

Sebagai rekod, Mancini, 58, melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih Itali pada 13 Ogos lalu dan kini spekulasi bertiup kencang mengatakan beliau bakal dilantik mengemudi skuad kebangsaan Arab Saudi.

Difahamkan, Mancini bakal menerima bayaran bernilai €18 juta (RM91.21 juta) semusim dengan kontrak selama tiga tahun bersama Green Falcons itu.

Bekas pengendali Manchester City itu sebelum ini tampil menegaskan, peletakan jawatannya langsung tiada kaitan dengan Arab Saudi yang kini tanpa jurulatih tetap selepas Herve Renard meninggalkan kerusi itu pada Mac lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI