fbpx

SSTMI Thunderbolts juara berganda MJHL 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain SSTMI meraikan kejayaan menjuarai Piala TNB selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas AHP-SSP-MSP pada aksi final di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - MUHAMMED ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolts kembali menjulang gelaran berganda selepas menjuarai Piala TNB sebentar tadi.

Juara Divisyen 1 Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) itu meraih kejayaan itu selepas menewaskan AHP-SSP-MSP Thunderbolts 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ketua jurulatih SSTMI Thunderbolts, Wan Mohd. Roslan Wan Abdul Rahman gembira dengan kejayaan anak-anak buahnya walaupun diberi tentangan sengit dan ketinggalan terlebih dahulu dalam aksi itu.

“Kami sebenarnya dihukum kerana terlalu asyik menyerang. Namun, saya puji para pemain kerana tidak berputus asa dan tetap bersemangat tinggi dalam perlawanan ini,” katanya.

Dalam aksi itu, AHP-SSP-MSP terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Shafiq Ammar Fahmi Suzaini pada minit ke-17 sebelum Muhammad Afif Syahmi Suhaihisam menyamakan kedudukan buat SSTMI sembilan minit kemudian.

SSTMI terpaksa menunggu sehingga suku masa keempat untuk mendahului AHP-SSP-MSP dengan gol kedua melalui Azimuddin Syakir Kamaruddin pada minit ke-47.

Kemenangan sah menjadi milik SSTMI selepas Muhammad Haziq Zunnurrain Mohd. Azhary meledal gol ketiga pasukan ketika saingan berbaki dua minit lagi sebelum tamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI