fbpx

Zontes lancar dua varian skuter 350 Series

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zontes Distribution Sdn Bhd melancarkan skuter Zontes 350 Series baharu untuk pasaran Malaysia.

KUALA LUMPUR – Zontes Distribution Sdn Bhd melancarkan skuter Zontes 350 Series baharu untuk pasaran Malaysia.

Menurut Pengurus Pemasarannya, Joey Chia, model motosikal itu mendapat sambutan meluas di Eropah hadir dengan reka bentuk yang mengagumkan.

Katanya, Zontes 350 Series dilengkapi dengan teknologi terkini dan pelbagai ciri-ciri premium ditawarkan dengan dua varian iaitu 350D dan 350E yang dijual pada harga harga RM23,800 dan RM25,800.

“Motosikal ini menggunakan enjin silinder tunggal 349cc dengan kotak gear CVT automatik dan menghasilkan kuasa maksimum 36hp dan tork tertinggi pada 38Nm.

“Model 350D yang lebih kecil dan ringan itu mempunyai berat hanya 190 kilogram (kg). Hadir dengan pilihan warna perak atau hitam,” katanya.

Tambahnya, varian 350E pula dengan jarak roda yang lebih panjang iaitu 1,565 milimeter dan lebih berat pada 203kg.

Jelasnya, beliau percaya skuter Zontes 350 Series itu mampu membantu syarikat mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar dalam pasaran skuter di Malaysia.

“Rancangan kami ialah untuk meluaskan rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan Zontes serta mempunyai kehadiran di setiap negeri supaya lebih ramai lagi pengguna di Malaysia,” jelasnya.

Motosikal skuter itu ditawarkan dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (km) dan sehingga tiga tahun atau 30,000km bagi komponen enjin, tertakluk kepada terma dan syarat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI