fbpx

Sebuah rumah kayu terbakar di Keramat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah jenis kayu yang terbakar dalam kejadian di Lorong Keramat 7, Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR -Sebuah rumah jenis kayu musnah dalam satu kejadian kebakaran di Lorong Keramat 7, Kampung Dato Keramat, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 5.59 petang tadi.

Tambahnya, sebanyak 11 jentera serta 38 anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak, BBP Keramat, BBP Sentul, BBP Hang Tuah dan BBP Wangsa Maju digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi kejadian, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah lot jenis kayu (kelas c) terbakar sebanyak 80 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal daripada kemerebakan dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 6.49 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI