fbpx

Pencuri kabel dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Ridhwan (kanan) menunjukkan kabel yang dirampas pihaknya.

KUALA LANGAT – Polis berjaya menyelesaikan empat kes mencuri kabel kawasan Tanjung Sepat dengan penahanan seorang lelaki di sekitar lokasi tersebut, kelmarin.

Suspek berusia 25 tahun itu dicekup kira-kira pukul 3 pagi bersama sejumlah barangan curi dan peralatan bagi tujuan jenayah tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, antara barangan dirampas termasuk sembilan gulung kabel, batang kabel (8) dan masing-masing sebolah pisau dan pemotong kabel.

Katanya, turut dirampas adalah sebotol cecair disyaki ketum dengan anggaran 1.2 liter.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

“Suspek juga didapati telah aktif dalam melakukan jenayah curi kabel itu sejak tiga bulan lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan dua lagi rakan sejenayah.

Ahmad Ridhwan menjelaskan, suspek kini direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI