fbpx

Nahas Elmina: Arwah Sharipuddin akan dikebumi di Bandar Baru Salak Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi nahas pesawat di Elmina, petang semalam.

SEPANG – Allahyarham Sharipuddin Shaari, pemandu e-hailing yang maut dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam semalam, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hishamduddin, Bandar Baru Salak Tinggi.

Perkara itu dimaklumkan anak arwah iaitu Muhammad Sharul Izuan, 16, kepada Kosmo!, di sini hari ini.

Menurut remaja itu, ketika ini, proses pengecaman sedang dilakukan ibunya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Allahyarham Sharipuddin.

Kosmo! semalam melaporkan, seramai 10 mangsa maut dalam nahas membabitkan sebuah pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) pada pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam.

Mangsa yang maut ialah juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan pembantu juruterbang, Heikal Aras Abdul Azim.

Enam lagi penumpang yang terkorban ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun (53), Kharil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49), Mohamad Naim Mohamed Muaidi (35), Muhammad Taufiq Mohd. Zaki (37) dan Idris Abdol Talib @ Ramali (41).

Turut terkorban penunggang motosikal, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh, 32, dan pemandu kereta, Sharipuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI