fbpx

Nahas Elmina: Ada 200 cebisan daging, anggota badan, paling awal DNA selesai Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika memberikan pemakluman berhubung situasi terkini proses bedah siasat mayat nahas kepada waris keluarga di HTAR. Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Proses bedah siasat terhadap 10 mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dijangka selesai paling awal Isnin depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua 22 sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris telah diambil untuk pengujian di Jabatan Kimia.

Katanya, terdapat kira-kira 200 cebisan daging selain beberapa anggota badan seperti kepala, paha, dan kaki yang memerlukan masa bagi pemadanan DNA para waris.

“Jabatan Kimia memaklumkan (padanan DNA) paling awal adalah pada Isnin depan, termasuk bagi pengambilan jenazah.

“Ini berikutan terlampau banyak cebisan dan padanan DNA memerlukan masa. Kalau gagal akan buat lagi ujian. Jabatan Kimia sedang buat yang terbaik untuk mangsa-mangsa nahas ini,” katanya pada sidang akhbar di pekarangan luar unit forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar para waris bertenang di tempat yang lebih selesa berbanding hanya menunggu di pekarangan unit forensik ini.

“Sini panas dan hujan, risau akan jatuh sakit nanti. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mengambil 22 nombor waris terlibat.

“Sebarang perkembangan akan terus dimaklumkan kepada mereka,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Razarudin menjelaskan dari segi kebajikan, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bersedia dengan 10 van jenazah selain PDRM menerusi bantuan trafik bagi memudahkan kelancaran perjalananan termasuk ke Pahang.

“JAIS akan membantu dari segi mandi dan solatkan (jenazah). Semua persiapan untuk penghantaran akan diselesaikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI