fbpx

Jutawan mahu bekas isteri pulangkan aset RM56.20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
An dan bekas isterinya, Thuy. - Foto VNEXPRESS

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam –  Kes seorang jutawan yang mahu bekas isterinya memulangkan aset berjumlah 288 bilion dong (RM56.20 juta) ditangguhkan di sebuah mahkamah di Bandar Raya Ho Chi Minh hari ini, lapor portal berita VNEXPRESS. 

Kes ditangguhkan selepas peguam bekas isteri jutawan itu meminta penangguhan. Ia berikutan beberapa peguam dan orang yang mempunyai kepentingan berkaitan kes tersebut  tidak hadir ke mahkamah semasa perbicaraan.  

Hakim menerima permintaan itu dan berkata, tarikh baharu perbicaraan akan diumumkan kemudian.

Nguyen Duc An, 61, menyaman bekas isterinya yang juga seorang model, Pham Thi Ngoc Thuy, 43, untuk mendapatkan semula aset bernilai 288 bilion dong daripadanya.

Ngoc Thuy mendapat julukan Marilyn Monroe Vietnam. Mereka berkahwin pada 2006 dengan dan bercerai dua tahun kemudian.

Pada 2010, Duc  An memfailkan saman itu kerana mendakwa bahawa bekas isterinya gagal memulangkan hartanah yang dibeli Duc An menggunakan wangnya sebelum dia berkahwin termasuk sejumlah saham, kereta dan apartmen, vila dan tanah di negara berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI