fbpx

YGMB tegaskan sedia bantuan khidmat guaman buat warga pendidik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (empat dari kanan) dan Wan Munadi (enam dari kanan) bergambar dengan penerima anugerah tokoh guru, Sunthararajoo Rengasamy (tiga dari kanan) pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah JPN Sabah (MAPENS) di Magellan Sutera Harbour Resort hari ini.

KOTA KINABALU – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menegaskan khidmat bantuan guaman antara manfaat boleh diperoleh warga pendidik sekiranya mencarum skim menerusi yayasan terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, manfaat terbabit disediakan sehingga nilai maksimum RM30,000.

“Kebelakangan ini kita mendengar ada guru yang berdepan dengan tindakan undang-undang seperti disaman atau sebagainya yang tidak boleh diselesaikan melalui saluran perkhidmatan biasa.

“Oleh itu, dalam beberapa kategori keahlian di bawah YGMB memang ada menyediakan salah satu manfaat yang kita namakan kos bantuan guaman.

“Kita bersedia untuk membantu sama ada dalam bentuk menyediakan peguam bela atau ahli boleh melantik sendiri peguam menggunakan khidmat guaman dan kos yayasan akan tanggung sehingga nilai maksimum RM30,000.

“Kes seorang guru Sabah disaman pelajar baru-baru ini dilihat memberi pengajaran cukup besar. Saya juga ingin menasihati guru-guru supaya lebih berhati-hati dan menjaga nama baik profession perguruan agar perkara sama tidak berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (MAPENS) 2023 hari ini.

Dalam pada itu, Wan Munadi menggesa seluruh warga pendidik yang belum menjadi ahli agar bersama YGBM.

“Selain daripada manfaat perlindungan kebajiian, kita juga memberikan empat skim keahlian yang menawarkan lebih 25 manfaat dengan yuran serendah RM10 sehingga RM35 kadar maksimum,
dengan nilai manfaat RM 200 sehingga RM 100,000

“Saya kira ini satu nilai yang tidak patut dilepaskan oleh seluruh warga pendidik sebagai jaminan masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah, Raisin Saidin turut menyarankan semua guru di Sabah mendaftarkan keahlian bersama YGMB berikutan manfaat diberikan sangat berbaloi.

“Saya sendiri dalam tempoh dua bulan ini sudah menyaksikan dua penyerahan manfaat bukan sahaja kepada ahli tetapi keluarga mereka.

“Ia secara tidak langsung mampu meringankan beban dialami ahli sama ada yang sedang menerima rawatan atau melibatkan kematian,” katanya yang turut menyerahkan borang keahlian baharu dirinya selaku ahli YGMB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI