fbpx
JAMIHAN menunjukkan mata lembing yang dijumpai di Sungai Rengai, Lipis baru-baru ini.

Selain syiling dan loket, mata lembing dijumpai di Sungai Rengai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Sungai Rengai di sini dikatakan mempu­nyai banyak artifak berharga seperti keris, lembing, barang kemas dan syiling lama yang bernilai tinggi.

Difahamkan, pelbagai bara­ngan berharga termasuk loket emas dan syiling lama dijumpai orang ramai termasuk peman­cing di sungai berkenaan.

Penduduk Kampung Kemahang, Jamihan Ramli, 62, berkata, dia pernah menemui syiling lama dan mata lembing di dalam su­ngai itu sebelum ini.

“Sewaktu mencari ikan, saya terpijak besi. Rupa-rupanya ia mata lem­bing dan tidak berkarat walaupun sudah lama terbenam dalam lumpur. Setakat ini saya masih simpan dan mungkin akan ‘melepaskannya’ (menjual) jika ada tawaran,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kelmarin Kosmo! melaporkan Sungai Rengai menyimpan kha­zanah berharga ekoran pe­nemuan barangan ketika zaman pemerintahan British era Ratu Victoria baru-baru ini.

Antara penemuan itu ialahsubang emas, gelang emas, sebentuk loket, empat gigi emas palsu dan syiling lama.

Sungai Rengai yang terletak di daerah Lipis.

Bercerita lanjut, Jamihan memberitahu, syiling termasuk bernilai suku sen yang ditemui di sungai itu bagaimanapun sudah dijual kepada beberapa individu yang mengumpul duit lama.

Sementara itu, Tokoh Warisan Orang Hidup Kebangsaan, Profesor Datuk Dr. Aripin Said berkata, Sungai Rengai yang bermula dari Kampung Masjid Tanjung Besar ke Sungai Jelai dan bersambung dengan Sungai Lipis menjadi laluan perdagangan utama dalam abad ke-18.

Berdasarkan kajian, kawasan itu mempunyai banyak khaza­nah terutama emas dan dipercayai masih banyak artifak yang tersembunyi.

“Hasil temu bual de­ngan Mat Kilau pada 1968, beliau beritahu sungai itu jadi tempat pahlawan dan orang ramai membuang senjata seperti keris dan lembing bagi mengelak dijejaki askar Bri­tish.

“Jadi tidak hairanlah ada penduduk terjumpa senjata lama di dalam sungai itu,” katanya.

Bagi Ketua Kampung Rengai, Kamaruzaman Mohamad Din, sebelum ini Sungai Rengai adalah luas dan berdasarkan cerita ia menjadi laluan penduduk pada zaman penjajah. Sekarang sungai itu sudah menjadi kecil dan terdapat kawasan yang tidak boleh lagi dilalui bot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN