fbpx

Pengemis ludah cermin kereta pemandu enggan beri wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengemis tersebut dikatakan berang kerana pemandu enggan memberikan wang kepadanya. – Instagram

JAKARTA – Seorang pengemis cuba bersikap samseng dengan meludah cermin hadapan sebuah kereta selepas pemandu enggan memberikannya wang, lapor program berita Liputan6 semalam.

Aksi pengemis itu dikongsikan di laman Instagram selepas dirakam pemandu kenderaan tersebut.

Menurutnya,  dia ketika itu sedang berhenti di lampu isyarat Pasir Koja, Kota Bandung pada Jumaat lalu.

Seorang pengemis tiba di tepi kereta lalu meminta wang daripadanya.

Disebabkan tidak mempunyai duit kecil, si pemandu tidak memberikan wang kepadanya.

Secara tiba-tiba, pengemis itu berjalan ke hadapan kereta lalu meludah cermin kenderaan sebelum dengan pantas beredar.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sudahlah miskin harta, akhlak juga miskin,” kata seorang pengguna media sosial.

“Tangkap sahaja dan ludah dia kembali. Itu pemeras ugut, bukan pengemis,” kata netizen lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI