fbpx

Nahas Elmina: Senarai nama 8 mangsa dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar mangsa-mangsa di dalam pesawat tersebut yang sempat dikongsi di media sosial.

SUBANG – Lapan senarai nama mangsa yang terkorban terlibat dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV yang terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi, dikesan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook Anthony Loke, berkata, antaranya ialah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim.

“Enam penumpang terlibat ialah Datuk Seri Johari Harun, Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamed Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki, Idris Abdol Talib @ Ramali.

“Dua lagi mangsa yang merupakan penunggang motosikal dan pemandu kereta, belum dapat dikenal pasti,” katanya ketika sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, sebentar tadi.

Namun tegasnya, nama-nama dan identiti mangsa terlibat hanya boleh disahkan selepas selesai proses bedah siasat yang sedang dijalankan ke atas semua mangsa ketika ini.

Berikut adalah senarai penuh mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat ringan di Elmina:

Kru pesawat

Shahrul Kamal bin Roslan
Heikal Aras bin Abdul Azim

Penumpang

Datuk Seri Johari Harun – EXCO Pahang, ADUN Pelangai
Kharil Azwan Jamaludin
Shaharul Amir Omar
Naim Fawwaz Mohamed Muaidi
Muhammad Taufiq Mohd Zaki
Idris Abdol Talib Ramali – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI