fbpx

Nahas Elmina: Kejadian di lokasi sama pernah berlaku 46 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan bangkai pesawat yang hangus terbakar selepas terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor. -Foto oleh SADDAM YUSOFF

PETALING JAYA – Nahas pesawat peribadi jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuh Raya Guthrie berdekatan Elmina pada pukul 2.40 petang tadi mengulangi kejadian sama yang berlaku 46 tahun lalu.

Kejadian pada 28 September 1977 itu melibatkan pesawat DC 8 milik Japan Airline (JAL) yang terhempas di Ladang Getah Elmina kira-kira 32 kilometer dari Kuala Lumpur.

Ladang Guthrie Elmina.

Kejadian tersebut mengorbankan seramai 31 penumpang dan anak kapal manakala 48 daripada kesemua 79 penumpang termasuk 10 anak kapal terselamat.

Pesawat malang itu dikatakan dalam perjalanan dari Tokyo, Jepun menuju ke Singapura melalui Hong Kong dan Malaysia.

Daripada 69 penumpang, lapan daripada mereka adalah rakyat Malaysia membabitkan lima terkorban dan tiga selamat.

Mangsa lain ialah rakyat Jepun (29), Amerika Syarikat (lima), Belgium (lima), Jerman (tiga), Hong Kong (tiga), masing-masing dua rakyat Belanda dan United Kingdom manakala bakinya rakyat Kanada, Australia dan Yugoslavia, China, Jordan.

Menara kawalan dikatakan mengarahkan pesawat supaya turun ke paras 4,000 kaki dipercayai akibat cuaca buruk.

Ketika kejadian tersebut juga, 200 pekerja Estet Elmina nyaris maut apabila pesawat itu terhempas tidak jauh dari kediaman mereka manakala kira-kira 300 pokok getah musnah dirempuh pesawat terbabit.

Hari ini kejadian yang hampir sama mengorbankan sebanyak 10 nyawa termasuk seorang Exco Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI