fbpx

Gajah masuk kampung rosakan pagar surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN pagar surau serta pokok kelapa di Kampung Orang Asli Sedohok, Kluang yang rosak dimusnahkan gajah liar awal pagi tadi.

KLUANG – Kebimbangan penduduk di Kampung Orang Asli Sedohok terhadap kejadian gajah memasuki kediaman penduduk selama ini menjadi nyata apabila berlaku di kampung itu pagi tadi.

Akibat daripada kejadian itu, pagar di sekeliling kawasan surau rosak selain beberapa batang pokok kelapa yang di tanam berhampiran pagar turut dimusnahkan.

Penduduk kampung, Jailani Rahim, 39, berkata, kejadian disedari ketika kira-kira 10 orang penduduk datang ke surau untuk menunaikan solat subuh.

Katanya, dianggarkan antara dua atau tiga ekor gajah masuk ke kawasan kampung itu kira-kira pukul 4 pagi sebelum merosakan pagar surau.

“Jika sebelum ini kumpulan gajah liar ini hanya berkeliaran di luar kawasan perkampungan dan hanya merosakan tanaman diusahakan penduduk yang agak jauh dari kawasan penempatan.

“Namun kali ini, binatang yang sinonim dengan gelaran “orang kuat” ini semakin berani dengan memasuki kawasan kediaman,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI