fbpx

Suspek pecah kedai serbaneka, tebuk peti besi ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN –  Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah pecah masuk kedai serbaneka di sekitar Seremban dengan menebuk peti besi sebelum melarikan wang di dalamnya ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, suspek berusia 42 tahun itu berjaya dikesan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban kira-kira pukul 8.40 pagi tadi di Rawang, Selangor.

“Tangkapan dibuat susulan dua laporan polis dibuat oleh penyelia stor kedai serbaneka berusia 24 dan 25 tahun pada pukul 10 pagi, 13 Ogos lalu setelah mendapati kedai serbaneka di Seremban dan Senawang dipecah masuk,” katanya kepada media di sini hari ini.

Arifai berkata, kejadian pecah masuk di dua kedai serbaneka itu dipercayai berlaku sekitar pukul 5 hingga 7.30 pagi dengan anggaran kerugian masing-masing bernilai RM17,000 dan RM8,000.

“Pihak polis turut merampas sebuah kereta Toyota Vios serta peralatan pecah rumah yang disyaki digunakan suspek dalam kejadian tersebut. Beberapa barang kes yang dipercayai hasil pecah kedai turut ditemui bersama suspek,” katanya.

Tambah beliau, permohonan reman ke atas suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Seremban selama empat hari untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI