fbpx

Jakim ambil tindakan pegawai terlibat aktiviti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakimah

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil serius laporan berhubung isu penyertaan pegawai jabatan itu dalam aktiviti politik.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, beliau sudah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib Jakim untuk bertindak segera berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Tegasnya, jabatan ini tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan ini.

“Sebagaimana yang sering diingatkan, semua warga kerja Jakim dinasihatkan agar sentiasa mematuhi semua peraturan yang sedang berkuat kuasa.

“(Ini termasuk) tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Kenyataan Jakim itu dipercayai merujuk penglibatan seorang pegawai kanan jabatan itu dalam aktiviti sebuah parti politik termasuk memuat naik hantaran bersifat ekstremis agama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI